Friday, February 27, 2009

FAKTA TENTANG AKU SEHINGGA HARI INI

1. aku rimas ngan rambut pendek aku yang dah memanjang ni. ape nak buat?
2. aku tak puas hati smlm kalah pool ngan nadia hashim kamil 0-2,padahal sebelum tu aku dah kalahkan anies 3-0. ternyata anies memang tak tere.
3. aku dah mcm tak ada housemate pompuan, invisible. salah aku ke?
4. aku gemuk. lemak sana sini. gile tak?
5. aku tak dapat masuk F1 tapi orang2 petronas tetap nak bagi aku job walaupun payment tak sebanyak F1. ok la tuh.
6. tiap kali nak main futsal mesti hujan kat astro neh. dah dekat 2 minggu tak main futsal. next week aku tak kira, nak book court kat THE CAGE Sri Petaling. tapi number not in service. damn it!
7. aku nak main pool lagi malam ni. tolong temankan aku. gile takde life!
8. dah lama tak buat aktiviti gile, aku nak join treasure hunt lah. tapi tak banyak la pulak treasure hunt yang ada. damn it again!
8. aku nak join jadi ahli sukarelawan persatuan2 penyakit2 kronik. sape nak join gak?
9. ikan aku asyik mati je. kenapa ye?
10. tadi pagi nak ajak baizura sabri bekpes tapi beliau dah makan. selambe. huh. akan ku pow ikan siakap mu nanti.
12. tape2 4-5 kotak yang aku patut proses minggu ni dah siap. aku suke. semoga zet dan rakan2 di QA berjaya QAkan tape2 tu sebelum maulidul rasul ni.
13. malam ni aku nak beli barang2 utk buat bubur durian. esok nak bawak pegi rumah nazri untuk kenduri arwah Zulkamal.
14. akak aku mengada suh cari tempat yang lagi murah untuk family day kat cherating minggu depan. ingat aku takde keje lain ke?hish!
16. tadi lunch kekonon nak tgk Mobile Sale kat Summit USJ. skali aku tgk xde pun handphone yg murah. sama je mcm kat low yat, sungei wang segala. rupanya dorg kata handphone SAMSUNG SAHAJA sbb organizer nye samsung. cilake.
17. tadi pas tgk handphone cilake, aku makan kat SUBWAY. makanan yang berkhasiat. tapi skang aku teringin nak makan ikan kerapu kat tingkat bawah area2 NPU.
18. duit dalam akaun aku kehilangan rm400 ++. cilake. dahla gaji ciput. YEEN! ade keje kosong tak kat sane?
19. aku nak gi kuarkan semua duit gaji aku sebelum bank telan lagi duit aku. pastu aku nak gi cafe, abeskan 6 chop milkad aku. ade rm15 lagi tuuu.
20. i'm totally exhausted. tape lagi 2 bijik blum sampai. pukul 8.30 malam baru nak hantar, kejadah? gile. can i put a dottttttt here for this week? penat gile beeebbbbbb!
21. btw, ikan kerapu ngan ketam tadi beh dowh zura..lazat tak terkata..timekaseh ye..
22. continued ke? ntahla..tgk la..

Wednesday, February 25, 2009

ANY COMMENT?



budi bahasa budaya kita.. hiks!

1 dari 4 ekor ikan biru yg belum bernama pulak...

ape la nasib, ikan biru aku pulak mati..tiba2 je mase aku tgk okorium, dah tinggal tulang..mcm tulang ikan bilis..bersepai...sian ikan biru tu..tak sempat aku nak bagi nama sebab ada 4 ekor yang sama, agak sukar nak bagi nama..


ni kawan dia..dia sama mcm ni la rupanya..



balik2 rumah, tengok dalm okorium, dah jadi mcm ni..
bersepai tulang temulang..hinssk..saddis sungguh..

Tuesday, February 24, 2009

Allah lebih sayangkan Zulkamal


memories in SHAH Pekan


arwah Ahmad Zulkamal Shahrir


arwah Zulkamal, paling kiri


SHAH Pekan, kebanggaan kami dan arwah..

Tiba-tiba aku rasa nak google something. Aku google nama Ahmad Zulkamal Shahrir. Masya-Allah, ramai yang suka berkawan, senang dgn arwah. Sememangnya arwah baik orangnya. Suka senyum, tak suka cari pasal ngan aku. Tak pernah la ade masalah dgn arwah. Kalau ada pun, mungkin aku dah lupa. Ahmad Zulkamal bin Shahrir. Kat sekolah nama timangannya DOYOK. 5 tahun satu sekolah di SHAH Pekan sama2. Dah lama sangat tak jumpa arwah. Tiba2 saja tgh malam 21 February dapat sms dari Feroz, Farda, Lee dan lain-lain mengatakan arwah meninggal dunia pagi 21 February 2009, di Klang, collapse ketika bermain badminton, heart attack di usia muda. Terkilan, taktau kenapa. Sedih tu dah memangla kan. Muda-muda lagi dah kena heart attack. Nak buat macamana, Dia lebih sayangkan arwah. Semoga roh arwah Zulkamal sentiasa di dalam lindungan Ilahi dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..al-Fatihah

Friday, February 20, 2009

dalam kenangan



ikan bandaraya aku sudah tiada (yg celah dada patung tu)..sudah selamat dimakan oleh upin (yg warna putih sebelah kanan)..smlm takajot aku tgk tinggal rangka kepala je..perot si upin plak buncit semacam..patotla air keruh semacam je, pastu byk kotoran..sian ikan bandaraya yg sudah bernama itu..maaf, namanya tidak dapat diberitahu di sini atas sebab2 tertentu..

Thursday, February 19, 2009

KENAPA?

dulu, azizal kata ko 'self-centered'
pastu, koci kata ko 'bewildered'
hmm...kenapa perlu wujud perangai mcm ni dlm diri ko dan kenapa perlu ko wujud dlm idup aku?
semua benda nak berkira..
kalau nak bergembira,kuar lepak ngan kawan2, x penah nak ajak aku..
bukan aku xtau..bukan aku x nampak..
kalau aku kuar g happy2 kat mane2, makan2 ke, aku slalu ajak ko..
slalu blanja tanpa berkira..
aku bukan nak sangat duit ko..
aku pun ada duit..x heran lah ngan duit ko tu..
tapi kalau ko kata ko kawan aku, kenapa ko sangat sangat sangat pentingkan diri sendiri?
ko kata aku moody?ko tau x apsal aku moody?ko tau tak apsal aku malas nak tego,malas nak pandang muke ko?
aku moody bersebab..aku marah bersebab..
aku tak suka nak bg arahan buat itu ini..tau tak bila aku bersuara mcm tu je akan menyebabkan aku marah,panas dalam..ko plak bila kene tego sikit dan tarik muka, merajuk, nangis..rimas la aku!
kita sama2 dah besar lah..xkan semua benda nak kene suruh?
give and take la sikit..sama2 kerjasama..x rugi ape2 pun..
ntahlah..aku pun tak paham mcm mana aku boleh berkecimpung dlm dunia ni bersama2 ko.
i wish u could change..aku rasa susah kot..selagi ko dok melayan perasaan, nak semua org ikut rentak ko, xpaham2 ape org cuba bgtau, aku rasa ko xkan sedar ape2.
kalau ko rasa ko betul dan aku salah,terpulanglah.tepuk dada tanye ape ko nak sebenarnye.

amazing blog!

Tiap2 pagi aku mesti akan bukak blog Kak Zubye ni utk menceriakan hariku..tgk gambar2 kat blog dia mmg best..tenang je..sejuk je..dia ni senior aku masa kat SHAH Pekan dulu..tak sangka plak dia tere gile photography..good job sis! keep it up! nanti kita set date photo shoot eh..skang tgh menguruskan badan dulu..hehe

Monday, February 16, 2009

TERCICIR SAPIK CELAH POKOK



sori ye encek sapik..aritu tecicir mase poses pengaplodan..heh

anies kalo ko tere, sile cari di mana gerangan sapikmu dlm gambo neh

Friday, February 13, 2009

Aku Mahu Saiz XXS!!!

Maka saya,
Protege obesiti,
Berikrar,
Bahawa sesungguhnya,
Akan menumpukan,
Seluruh tenaga dan usaha saya,
Bagi mencapai berat badan ideal,
Dan menjaga,
Pemakanan saya,
Serta perut boroi saya,
Dengan penuh kedaulatan,
Dan kesusilaan,
Berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

Kepercayaan kepada diet,
Kesetiaan kepada mentor,
Keluhuran ketika bersenam,
Kedaulatan sayur salad,
Kesopanan dan kesusilaan.


~ain maisarah

Thursday, February 12, 2009

PANJAT PANJATING

Hari itu hari yang indah, aku tiba agak lewat sebab ada interview kat Petronas. Setibanya di tempat kejadian, aku nampak anies tgh merangkak. Dlm hati aku 'susah sgt ke?senang je tu..lembab la anies neh'.



tinggi gak minah ni panjat



dasyat...



Meon mem'belay' Aki pulak



go Aki go!



Aki memonyetkan diri..hebat...



"kamon zet! aku bg ko sampai pokok tu je zet..kasi lepas zet!" malangnye,zet gagal.



zet gagal lagi dan terus give up



aku mencuba nasib..sia2 dtg rempuh jem wel wel kalu x panjat



"enji!wat bentuk L kaki tu!" sayup2 suara2 sumbang memberi arahan dr bawah yg sgt jauh



aku berjaya mengalahkan zet..aku melepasi pokok iteww



zet tergugat ngan aku..terus berusaha untuk melepasi pokok itew dan berjaya ke tahap aku..tahniah!hepinye dia!



zet berjaya!aku kagum dgn semangat beliau



koci pun jadik monyet



koci lagi



beliau memanjat kerana di cabar oleh aku..huahua



meon panjat tinggi gile



aksi meon



kaki meon mengalami kecelakaan yg amat dasyat sehinggakan beliau tidak dapat bermain paintball



ini adalah aku



aku di penghujung pemanjatan



anies posing

Wednesday, February 11, 2009

SIAPAKAH INI?MONYET KAH?



untuk scene2 yg lain, tunggu esok ye..
saya sudah penat bekerja seharian hari ini..x dapat nak tinguk ong bak..uhukk

TAU TAK?KALAU MASA AZAN JGN BARING..NANTI KALAU KITA MATI, MAYAT KITA AKAN JADIK BERAT..WALLAHUALLAM

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya ." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


Wednesday, February 4, 2009

SLAMBE ANIES NEH menyusahkan aku suh buat TAG neh

Gile punye keje. Ade ke Anies mempengaruhi aku dgn benda2 ni. Ciss
Dgn bodonye aku pun bukak Media Player aku tapi lagu seme boring. So aku pun pinjampakai iPod Touch Nadia Hashim Kamil..

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Feels Just Like It Should by Jamiroquai ->gile ah..

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
This I Love by Guns & Roses ->ape kene mengena?

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Comfortable by John Mayer ->oh yeah!

HOW DO YOU FEEL TODAY?
In Your Eyes by Ben Harper ->is it?!

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?

Realize by Colbie Caillat ->hurm?!

WHAT’S YOUR MOTTO?
... & On by Erykah Badu -> aku pun xtau apsal title tu "..."..mesti aku leh letak ape2 je kan?

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Dont' Wait by Dashboard Confessional ->mcm aku ni rajin gile kan?tapi memang pun..

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Push It by Garbage -> mak bapak aku pikir camni ke?

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Mistletoe by Colbie Caillat ->wtf?!

WHAT IS 2 + 2?
Slow Dancing In A Burning Room by John Mayer -> huahua..susah gile dowh nak kira..

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Nak Dara Rindu by P.Ramlee -> hahahahahah..mmg pun!goddess, tgh angau kat bf baru dia(mcm ade org paham je kan?).

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Something's Missing by John Mayer -> ahaa..betul2!

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Ketipang Payung by P.Ramlee ->kejadah?

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
To Lost In You by Sugababes -> iskk

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Good Old-Fashioned Lover Boy by Queen-> ho yeah!

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Ghetto Girl by Simply Red -> gile nak kene panah petir!org baca yasin..

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
I Say A Little Prayer For You by Double Take ->bagus kan?

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Tolonglah Kami by P.Ramlee ->hahahahahah

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
One Love by Bob Marley -> shh!dun tell pipel!

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Move It Slow by Kevon Edmonds ->isk?!

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Relax (Take It Easy) by Mika ->kawan2 ku seme mcm ni..

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Ting Tara Tilalla by P.Ramlee -> cool!

best gak lagu2 dlm playlist neh..huahuahua..thanks Nadia Hashim Kamil

Now nak tag korang2 plak;

1. Dia
2. Nad
3. Jojie
4. Koci
5. Apai
6. Eme
7. Zet



Sile2..warwarkan..

ANAK ANAKKU









UPIN : IPIN : CUMI : CIKI : CICIP
IKAN BANDARAYA BLUM ADE NAMA..ciri2 ikan bandaraya; pemalas,suka mkn free memanjang,perasan cun.
ADE IDEA?

Tuesday, February 3, 2009

morning ku

Tadi mase nak lalu kat depan jalan SSP nak g opis ikut gate TPM yg sebelah McD petronas tu, ade polis trafik buat roadblock..dr jauh nampak ade sorg mamat pakai baju ijau lari laju gile..pastu blakang dia ade polis kejar..gile ahh..scene tu x smpat amek gambo sbb jakun,lupe kuarkan kamera..
dah dekat ngan tempat kejadian, nampak polis tgh masukkan pedang ke parang ntah yg panjang ke dlm sarung pedang/parang td..pastu ade motor dah jatuh tepi jalan ngan ade sorg mamat tertunduk ke pengsan ntah kat motor tu pakai helmet..mesti xde roadtax ni..x pun Indon..x pun motor curi..gile ah..pagi2 dah ade kejadian..


Monday, February 2, 2009

Cuti

Today is Monday.

Today is 2nd February 2009.

Today is holiday.

Yeay!

owh, today i was bored and kaki tangan seme gatal nak main go-kart. smlm main kat astro fest tapi x puas walaupun team kami menang no 3 dr 24 team yg masuk. then i text apai ajak main go-kart..pastu ajak koci and dehe..tapi koci x main sbb dia nak jadik photographer..lagipun dia dah slalu main..
ni lah hasilnya;


mula2, pakai shower cap dulu..


pastu pakai helmet utk keselamatan di trek..


pastu masuk la lam go-kart..



apai n dehe pun masuk juge..mereka x penah main..



apai tgh layan..


dehe bedesup layan corner!sampai gambar pun jadik blur..


ini adalah aku yg tgh layan corner..baik punyaaa


dah abes..


dah sampai..bukak helmet..


dah sampai..slambe layan xtra 1 lap..sape suh mamat tu lambat panggil masuk..hehe


happy je dua org tua neh..sambil mengutuk apai,sambil plan next round..hehe


ada brani nak race?!