Kes putus tunang tuntut RM1j selesai
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com
SHAH ALAM 1 Feb. – Kes tuntutan ganti rugi hampir RM1 juta oleh seorang pengarah urusan syarikat komunikasi dan teknologi maklumat terhadap bekas tunangnya berakhir hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.
Peguam syarie, Azmi Rais memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa anak guamnya, Mohamad Fahizul Khairi, 54, bersetuju menerima RM600,000 daripada defendan, Nor Daliya Mohd Daud, 35, sebagai bayaran penyelesaian keseluruhan tuntutan itu.
Selain itu, kata beliau, kedua-dua pihak bersetuju dengan enam lagi terma atau syarat-syarat perjanjian penyelesaian iaitu:
Wang RM600,000 akan dibayar kepada firma guaman yang mewakili Mohamad Fahizul, Tetuan Zukifli Yong Azmi & Co. sebagai pemegang wang pertaruhan dalam tempoh tujuh hari selepas rumah teres dua setengah tingkat di alamat No. 67, BU 6/13 Bandar Utama dijual.
Kedua-dua pihak termasuk wakil atau ejen masing-masing ditegah daripada membuat gangguan antara satu sama lain, terhadap keluarga atau rakan-rakan sekerja masing-masing selepas ini.
Mohamad Fahizul akan menarik balik apa-apa perintah tegahan mahupun kaveat terhadap hartanah tersebut dalam tempoh tiga hari selepas perjanjian penyelesaian dimeterai di mahkamah.
Kedua-dua pihak tidak akan memfitnah atau menghasut mana-mana pihak ketiga termasuk Mohamad Fahizul berakujanji tidak akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes tuntutan hak penjagaan anak antara defendan dan bekas suami, Herman Shah Abdul Rahim.
Pihak-pihak yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah ini boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Kedua-dua pihak tidak akan membuat tuntutan terhadap satu sama lain sama ada di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil selepas ini melainkan berlaku pelanggaran perintah ini.
Selepas mendapatkan pengesahan daripada Mohamad Fahizul dan Nor Daliya serta membacakan semula syarat-syarat yang dipersetujui itu, Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memeterai perjanjian penyelesaian yang sekali gus menjadikan ia sebagai perintah mahkamah.
Mohamad Fahizul yang hadir bersama Herman Syah hanya melahirkan rasa syukur dan enggan mengulas lanjut berhubung perjanjian penyelesaian itu semasa ditemui di luar mahkamah.
Sementara Nor Daliya yang ditemani suami, ibu dan beberapa saudara yang lain segera meninggalkan mahkamah tanpa sempat dijejaki media sebaik prosiding berakhir.
Mohamad Fahizul memfailkan permohonan pada 8 Mei 2009 bagi menuntut ganti rugi kewangan berjumlah RM871,186.67 dan ganti rugi keaiban sebanyak RM100,000 daripada Nor Daliya selepas pertunangan mereka diputuskan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Fahizul dari Bandar Utama dekat sini mendakwa beliau telah membelikan sebuah rumah teres dua setengah tingkat yang berharga RM770,000 selain membayar dan memasukkan sejumlah wang untuk Nor Daliya dengan kepercayaan bahawa mereka akan berkahwin.
Nor Daliya yang diwakili peguam syarie Mohamad Isa Abd. Ralip bagaimanapun memfailkan bantahan awal terhadap permohonan itu dengan alasan semua wang dan hadiah diberikan plaintif kepadanya sebelum mereka bertunang iaitu ketika proses ‘pikat-memikat’.
Tuesday, February 2, 2010
Jumaat Disember 11, 2009
Jumaat Disember 11, 2009
Pengarah Urusan Tuntut Hampir RM1 Juta Daripada Bekas Tunang
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SHAH ALAM: Kes seorang pengarah urusan menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada bekas tunangnya, seorang pegawai bank yang kini telahpun bernikah dengan lelaki lain disebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Plaintif, Mohamad Fahizul Khairi, 53, memohon tuntutan terhadap defendan Nor Daliya Mohd Daud, 34, untuk membayar gantirugi kewangan akibat putus tunang sebanyak RM871,186.57 dan gantirugi keaiban sebanyak RM100,000 di bawah Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 8 Mei lalu.
Difahamkan, gantirugi kewangan itu melibatkan RM570,000 jumlah pembiayaan yang ditanggung oleh Fahizul, RM208,594 (kos-kos pengubahsuaian serta barang-barang rumah lain), RM15,500 (kos ejen hartanah), RM20,000 (bayaran muka bagi pembelian kereta baru Honda Civic defendan) dan RM57,092.57 (bayaran-bayaran yang dibuat ke dalam akaun Maybank dan akaun kad kredit Citibank defendan).

Nor Daliya Mohd Daud hadir ditemani suaminya di mahkamah pada semalam.
Sementara gantirugi keaiban melibatkan aspek memalukan Fahizul di khalayak ahli-ahli keluarga dan kawan-kawannya.
Disebabkan pengaruh dan tipudaya Daliya, Fahizul telah mengalami masalah dengan ramai ahli keluarganya termasuklah isterinya, Siti Zabiha.

Turut hadir ke mahkamah adalah bekas suami Daliya, Herman Syah Abdul Rahim (kanan) untuk memberikan sokongan kepada Fahizul.
Hakim Syarie Mohamad Adib Husain memutuskan keputusan kes ini akan diketahui pada 1 Februari 2010.
Ini kerana pihak Daliya telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Fahizul.
"Defendan (Daliya) menegaskan duit yang dibiayai oleh anak guam saya (Fahizul) tidak termasuk dalam pertunangan sebaliknya 'sekadar hadiah proses memikat', jadi sebab itu dia membuat bantahan awal.
"Disebabkan pemberian itu diberi sebelum mereka bertunang, jadi anak guam saya tak boleh membuat tuntutan itu," kata peguam Azmi Rais mewakili Fahizul.
Sementara itu, peguam Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Daliya berkata, beliau akan menyarankan Fahizul dan Daliya untuk berbincang di luar mahkamah.
"Kes ini boleh dibincang lagi sebab perkara ini berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Selebihnya bergantung kepada keputusan mahkamah," ujarnya di luar dewan mahkamah.
Daliya hadir ke mahkamah sambil ditemani suaminya manakala Fahizul pula hadir bersama bekas suami Daliya, Herman Syah Abdul Rahim.
Daliya pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Danish Iskandar Syah Herman Syah dan Atia Yasmin Herman Syah sebelum bertunang dengan Fahizul pada 6 Disember 2007 di Pekan, Pahang.
Daliya telah disahkan bercerai dengan Herman Syah Abdul Rahim pada 9 Januari 2007.
Setelah Fahizul dan Daliya merancang untuk bertunang pada April 2007, wanita itu telah meminta Fahizul membeli sebuah rumah sebagai tempat tinggal mereka selepas berkahwin kelak.
Pada 3 April 2007, Fahizul telah membeli sebuah rumah jenis teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya atas nama bakal isterinya itu untuk dijadikan tempat tinggal mereka bersama anak-anaknya.
Fahizul menjelaskan, mereka sering bergaduh sepanjang tempoh pertunangan berpunca daripada sikap Daliya yang curang dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Pada 21 April 2008, Daliya telah bersetuju untuk memutuskan pertunangan setelah perbincangan kedua-duanya dan turut disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kemudian, kedua-duanya bersetuju supaya memulangkan segala pemberian berkaitan pertunangan itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)