Tuesday, February 2, 2010

2 February 2009

Kes putus tunang tuntut RM1j selesai

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com

SHAH ALAM 1 Feb. – Kes tuntutan ganti rugi hampir RM1 juta oleh seorang pengarah urusan syarikat komunikasi dan teknologi maklumat terhadap bekas tunangnya berakhir hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Peguam syarie, Azmi Rais memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa anak guamnya, Mohamad Fahizul Khairi, 54, bersetuju menerima RM600,000 daripada defendan, Nor Daliya Mohd Daud, 35, sebagai bayaran penyelesaian keseluruhan tuntutan itu.

Selain itu, kata beliau, kedua-dua pihak bersetuju dengan enam lagi terma atau syarat-syarat perjanjian penyelesaian iaitu:


Wang RM600,000 akan dibayar kepada firma guaman yang mewakili Mohamad Fahizul, Tetuan Zukifli Yong Azmi & Co. sebagai pemegang wang pertaruhan dalam tempoh tujuh hari selepas rumah teres dua setengah tingkat di alamat No. 67, BU 6/13 Bandar Utama dijual.


Kedua-dua pihak termasuk wakil atau ejen masing-masing ditegah daripada membuat gangguan antara satu sama lain, terhadap keluarga atau rakan-rakan sekerja masing-masing selepas ini.


Mohamad Fahizul akan menarik balik apa-apa perintah tegahan mahupun kaveat terhadap hartanah tersebut dalam tempoh tiga hari selepas perjanjian penyelesaian dimeterai di mahkamah.


Kedua-dua pihak tidak akan memfitnah atau menghasut mana-mana pihak ketiga termasuk Mohamad Fahizul berakujanji tidak akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes tuntutan hak penjagaan anak antara defendan dan bekas suami, Herman Shah Abdul Rahim.


Pihak-pihak yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah ini boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.


Kedua-dua pihak tidak akan membuat tuntutan terhadap satu sama lain sama ada di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil selepas ini melainkan berlaku pelanggaran perintah ini.

Selepas mendapatkan pengesahan daripada Mohamad Fahizul dan Nor Daliya serta membacakan semula syarat-syarat yang dipersetujui itu, Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memeterai perjanjian penyelesaian yang sekali gus menjadikan ia sebagai perintah mahkamah.

Mohamad Fahizul yang hadir bersama Herman Syah hanya melahirkan rasa syukur dan enggan mengulas lanjut berhubung perjanjian penyelesaian itu semasa ditemui di luar mahkamah.

Sementara Nor Daliya yang ditemani suami, ibu dan beberapa saudara yang lain segera meninggalkan mahkamah tanpa sempat dijejaki media sebaik prosiding berakhir.

Mohamad Fahizul memfailkan permohonan pada 8 Mei 2009 bagi menuntut ganti rugi kewangan berjumlah RM871,186.67 dan ganti rugi keaiban sebanyak RM100,000 daripada Nor Daliya selepas pertunangan mereka diputuskan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Fahizul dari Bandar Utama dekat sini mendakwa beliau telah membelikan sebuah rumah teres dua setengah tingkat yang berharga RM770,000 selain membayar dan memasukkan sejumlah wang untuk Nor Daliya dengan kepercayaan bahawa mereka akan berkahwin.

Nor Daliya yang diwakili peguam syarie Mohamad Isa Abd. Ralip bagaimanapun memfailkan bantahan awal terhadap permohonan itu dengan alasan semua wang dan hadiah diberikan plaintif kepadanya sebelum mereka bertunang iaitu ketika proses ‘pikat-memikat’.

Jumaat Disember 11, 2009

Jumaat Disember 11, 2009

Pengarah Urusan Tuntut Hampir RM1 Juta Daripada Bekas Tunang
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

SHAH ALAM: Kes seorang pengarah urusan menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada bekas tunangnya, seorang pegawai bank yang kini telahpun bernikah dengan lelaki lain disebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Plaintif, Mohamad Fahizul Khairi, 53, memohon tuntutan terhadap defendan Nor Daliya Mohd Daud, 34, untuk membayar gantirugi kewangan akibat putus tunang sebanyak RM871,186.57 dan gantirugi keaiban sebanyak RM100,000 di bawah Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 8 Mei lalu.

Difahamkan, gantirugi kewangan itu melibatkan RM570,000 jumlah pembiayaan yang ditanggung oleh Fahizul, RM208,594 (kos-kos pengubahsuaian serta barang-barang rumah lain), RM15,500 (kos ejen hartanah), RM20,000 (bayaran muka bagi pembelian kereta baru Honda Civic defendan) dan RM57,092.57 (bayaran-bayaran yang dibuat ke dalam akaun Maybank dan akaun kad kredit Citibank defendan).


Nor Daliya Mohd Daud hadir ditemani suaminya di mahkamah pada semalam.

Sementara gantirugi keaiban melibatkan aspek memalukan Fahizul di khalayak ahli-ahli keluarga dan kawan-kawannya.

Disebabkan pengaruh dan tipudaya Daliya, Fahizul telah mengalami masalah dengan ramai ahli keluarganya termasuklah isterinya, Siti Zabiha.


Turut hadir ke mahkamah adalah bekas suami Daliya, Herman Syah Abdul Rahim (kanan) untuk memberikan sokongan kepada Fahizul.

Hakim Syarie Mohamad Adib Husain memutuskan keputusan kes ini akan diketahui pada 1 Februari 2010.

Ini kerana pihak Daliya telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Fahizul.

"Defendan (Daliya) menegaskan duit yang dibiayai oleh anak guam saya (Fahizul) tidak termasuk dalam pertunangan sebaliknya 'sekadar hadiah proses memikat', jadi sebab itu dia membuat bantahan awal.

"Disebabkan pemberian itu diberi sebelum mereka bertunang, jadi anak guam saya tak boleh membuat tuntutan itu," kata peguam Azmi Rais mewakili Fahizul.

Sementara itu, peguam Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Daliya berkata, beliau akan menyarankan Fahizul dan Daliya untuk berbincang di luar mahkamah.

"Kes ini boleh dibincang lagi sebab perkara ini berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Selebihnya bergantung kepada keputusan mahkamah," ujarnya di luar dewan mahkamah.

Daliya hadir ke mahkamah sambil ditemani suaminya manakala Fahizul pula hadir bersama bekas suami Daliya, Herman Syah Abdul Rahim.

Daliya pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Danish Iskandar Syah Herman Syah dan Atia Yasmin Herman Syah sebelum bertunang dengan Fahizul pada 6 Disember 2007 di Pekan, Pahang.

Daliya telah disahkan bercerai dengan Herman Syah Abdul Rahim pada 9 Januari 2007.

Setelah Fahizul dan Daliya merancang untuk bertunang pada April 2007, wanita itu telah meminta Fahizul membeli sebuah rumah sebagai tempat tinggal mereka selepas berkahwin kelak.

Pada 3 April 2007, Fahizul telah membeli sebuah rumah jenis teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya atas nama bakal isterinya itu untuk dijadikan tempat tinggal mereka bersama anak-anaknya.

Fahizul menjelaskan, mereka sering bergaduh sepanjang tempoh pertunangan berpunca daripada sikap Daliya yang curang dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Pada 21 April 2008, Daliya telah bersetuju untuk memutuskan pertunangan setelah perbincangan kedua-duanya dan turut disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kemudian, kedua-duanya bersetuju supaya memulangkan segala pemberian berkaitan pertunangan itu.

Sunday, November 29, 2009

salam aidiladha or salam kurang hajar?

Hari raya aidiladha yg penuh cerita. perang, airmata, sakit hati, geram, menyampah, rasa nak lempang budak, rasa nak kurang ajar dgn in-laws, seme ada. masalah jugak ada big family ni ek? ataupun, masalah tu dtg bila dah kawin? selalunya yg bujang xada masalah sgt kalau blk kampung tp yg dah kawin ni menimbulkan masalah kepada kami2 yg bujang. nyotnyet la dorg neh.

Thursday, November 12, 2009

srot srott

Aku adalah;
demam,
selsema,
gastrik,
migraine,
sakit tekak,
banyak keje.
Boleh tak @15 tutup untuk 2 hari?Aku nak rehat sampai sembuh.
Boleh tak jangan ganggugugat perasaan aku sampai aku sembuh?
Boleh tak jgn cari pasal ngan aku sampai aku sembuh?
Boleh tak aku nak mak skang ni?
Ubat sakit tekak ni kenapa perlu dihisap?Tak sedap tau tak?

Sobs!

Help me.

Monday, November 9, 2009

all yours SCAL

i don't care anymore.

Tuesday, November 3, 2009

AKU

aku adalah seorang yang;

1) menepati waktu. so jgn lambat2 dgn aku. kalau tak, tak pasal2 kene maki.
2) tak suka kotor2. bukan la aku ni pembersih sangat. tapi paham2 je la. takkan nak biar dapo berulat, panties bersemut, lantai berkerak.
3) pemarah. so jgn cari pasal.
4) moody. so pandai2 la nak hidup dgn org moody ni.
5) baik hati. aku suka menolong org walaupun aku tak mampu dan tak berdaya nak tolong. aku happy bila aku berjaya membantu.
6) sangat sound direct.
7) suka simpan dalam.
8) sangat baik bila orang pun buat baik kat aku.
9) tak suka orang belagak.
10) tak suka org selfish. membuatkan aku turut nak membalas jadi selfish.
11) pencinta yang setia. takyah aku nak elaborate. mari bercinta ngan aku baru leh tau.

jap lagi aku add some more..

Monday, November 2, 2009

OMG

Hari ni aku marah. Aku penat. Dari dulu sampai skarang, sama je. Tak pernah berubah. Aku suffer untuk bagi orang lain happy. Aku malas dah nak bersimpati dan menyusahkan diri aku lagi. Aku pun nak jadi pemalas dan selfish jugak. I don't care anymore.

Wednesday, October 21, 2009

bosan

tak ada sape pun kesah pasal aku.
tak ada sape pun hiraukan aku.
tak ada sape nak amek peduli hidup aku.
aku bosan.
aku sunyi.
semua org jauh.
semua org taknak temankan aku.
zura kata seme org ada life masing2.
so,aku tak leh mengharap kat org lain.
aku kena kuat sorg2.
betul jugak tu.
buat apa nak mengharap kat org lain.
aku kene kuat.
buat seme benda sendiri je.
mcm la tak biasa sorg2.
hm.
tapi aku sunyi.
hm.

Tuesday, October 20, 2009

i die the day you went away

I cannot think you're not alive somewhere.
I think of you just as I did before.
No sudden gust of wind has closed the door
Or made your presence vanish in thin air.
I write you this because
I know you're there;
That even after death there must be more.
So does faith one's inner sun restore
After bitter darkness few can bear.
My mind and heart have not yet lost a friend
Even though my senses are bereft,
For you remain the witness of my soul.
No mere accident our love can end
So long as I have will and memory left,
And you lie silent on some unknown shoal.







As she looked outside the window...



The day you went away... You left me alone..aimless...what's left is only memories... and the very last roses from you....








Your violin.... it reminds me of you my dear..I miss you very much...but, you are no longer here...Darling, I miss you...







I miss those beautiful music you used to play for me..





I thought... playing your violin can ease my pain.. but.. it hurts... it really hurts...


As I listen to the radio... it still lingers... those moments...






Must I wait or should I leave...





Why? Why did YOU have to take him away from me?!?!?


I have no more reason to live in this world.. I have nothing left to cherish in this world.. I shall go...I shall be with my loved one there...

-the end-

Friday, October 16, 2009

WTF

Ada ke patot cakap aku materialistik? Ko tgk luaran aku je ko ckp aku materialistik la? Ko ingat ape2 yg aku pakai ni mahal2 sangat ke? Aku beli bundle je baju2 aku. Tapi bagusla ko dah pikir aku materialistik. So aku dah tau la ko org yg macamana dan memang tak layak la aku berkawan ngan org yg berkira dan kedekut mcm ko.


Tak sabar nak tunggu no plet itu.

Friday, October 9, 2009

wow!



hebat tak hebat la @15..boleh menang award tuuuuu!!!caiyok caiyok!tak sia sia aku bersengkang mata buat keje utk @15..hehe..
let's party party party!!!

Thursday, October 8, 2009

model wannabe



dem!bile mase la aku ajar dia posing cam ni..isk..lawan tokey ni..
kuku kaler pink, siap bwk handphone tu..standby nak call police kalau ade yg carik pasal ngan dia..LOL!

Wednesday, October 7, 2009

happy besday!


Semalam besday kakak aku, mama kepada Eve Maliha. Tapi yg melebih2 adalah Eve, mcm besday dia pulak. Siap pakai baju 'princess' dia lagi. Pastu rajin gile kemas rumah, agih2 kek bagi seme org, agih2 tisu bagi seme org.
Sape taknak amek tisu, dia merajuk pastu tanya 'why everyone ckp taknak tissue?' dgn muke tak puashati mcm nak gaduh. LOL! Eve Maliha jugakla yg start nyanyi the besday song 'happy birthday to mama'. Hehe.. Rasa nak lempang je budak kecik tonggek tu. Comel sangat ni kenapa?


Anyhow, Happy 32nd Birthday Nurulhidayah Ngah. Semoga tercapai impian utk kurus kerengga tahun depan. Ihiks!

Wednesday, September 30, 2009

imbauan

"sahabat...perjuangan ibadat kita
hakikat insan dihidupkan
dimatikan bila tugas selesai
itulah janji Tuhan"

TIBE-TIBE teringat zaman dok hostel SHAH Pekan dulu.. sementara tunggu masuk waktu solat berjamaah,kitorg nyanyi nasyid ramai2.. best je mase tu.. siap ade satu buku lirik nasyid yg tidak terdapat di pasaran..

OMG! aku rindukan zaman persekolahan.. kalau boleh putar balik, macam2 aku nak ubah.. yg pastinya, benda yg paling aku nak ubah ialah aku taknak ade affair ngan jantan tak guna itew. LOL! dan lagi satu,aku xnak seludup kuar ikut bawah pagar blakang rumah pengetua semata2 nak beli the best murtabak in town, murtabak mengkasar kat tepi gate.. aku akan guna main gate utk kuar dan belikan utk pengetua sekali..hehe

---
baizura,sile la masak gulai tempoyak cepat2..biar aku semakin gemuk dan tembam..pastu xde sape nak bagi aku job dah.. haha..

Friday, September 25, 2009

tak ada title yang best nak letak

SEMALAM konon2 nak sambung tulis blog tapi keje banyak sangat. 8.30pm baru kuar ofis, trus pegi umah kakteh kat USJ17. Ada eve maliha juge. Kakteh buat rendang yg best, tu pasal kene gak pegi. Hehe. Tgh tension2, tgk plak perangai eve maliha, buat lawak budak kecik tu. Kakak2 ngan abang2 dia mengusik. Dia punya la bengang sampai bernafas tercungap2 tahan marah. Dia pi dapo, g kat tempat toys, amek talipon mainan, pastu tibe2 dia ckp "helo police, please catch kakak and abang!". Pastu amek doll, pi depan balik, dia pukul kakak2 ngan abang2 dia. Kesian doll tu. LOL! Terubat tension ku. Betullah apa org penah ckp, kalau tension, rapatkan diri ngan family. Mesti happy. Lagi satu yg org slalu ckp, kalau ada masalah, dekatkan diri ngan Allah. Yang ni memang tak dinafikan. Bila bukak Quran lepas solat, tgh2 baca bleh nangis. Bukan la nak poyo bagitau aku rajin baca Quran. Cuma bila tgh sedih2, tension2, bila baca Quran mesti feel dia semacam. Best sangat.

---
Hari ni lepas keje nak pegi umah Jojie plak. Dia buat makan2 raya utk kawan2 rapat. Mesti happy gak sbb anak2 dia comel2 dan best2. Hehe.

---
J, cepatla balik. Aku takde kawan nak mengadu domba ni.

---

Thursday, September 24, 2009

am back

it's been ages since the last time aku menulis di sini.

jap lagi aku sambung.nak siapkan keje jap.

---
(aku dah un-privatekan blog aku.pedulik la sape2 nak baca.aku tak harapkan pun blog aku ni utk tatapan umum.blog ni umpama tempat aku nak mengadu domba sebab aku tak ada tempat nak mengadu.kepada sape2 yang baca, kalau nak marah ke, nak tanya ape2 ke, tolonglah direct to me.)

---
Ya Allah,kuatkankanlah semangat aku.susahnya nak siapkan kerja yang simple gile ni.tenangkanlah fikiran dan jiwa aku.segala2nya bercelaru.aku sendiri yang rumitkan keadaan dan aku sendiri tak tau macamana nak pulihkan balik.

Aku adalah sorang2 dan aku tak reti nak buat apa.aku tak suka nak susahkan kawan2.dorg semua ada life sendiri.

Syukur lah kawan2 kat ofis memahami. tak banyak tanya dan sentiasa menceriakan aku. aku pun tak kisah kalau buat keje kat ofis sampai lewat malam sebab aku suka ada rakan2 sekerja yg fun. biarlah orang nak kata aku workaholic yang bergaji ciput ke ape ke.ade aku kesah?

Owh,laptop aku rosak. lemon coke tertumpah masa pegi karaoke ngan kak eva. motherboard mahal gile sampai rm1900. baik aku beli laptop baru. tapi aku sangat terkilan sebab aku sayang laptop tu. hadiah birthday orang bagi aku. kenapalah aku sangat cuai?hari2 aku dok terbayang2 je laptop aku tu. malamnye pulak, handphone aku sekali lagi jatuh berirama atas jalan raya dan terus bengong beberapa minit.

Malang bertimpa-timpa.

---

jap lagi sambung. wat keje.

---

Tuesday, August 18, 2009

pekerjaan sampingan yang mendemamkan

Cub Prix Round 7 @ Pekan, Pahang
Gile rentung kulit aku!
kaki berdenyut2 mcm hape je..
dan yang paling sedih, aku demam, selsema, throat infection..sobs!
tapi we had fun!hiks!
zul, aku
chiki, aku, zul

dyllaz, aku, en samsul, ayu, afni

dyllaz, zul, aku, ayu, afni

afni, aku, ayu, dyllaz

tebuan beraktiviti karaoke di malam hari..hehe..

Thursday, July 23, 2009

aku akan tukar URL dan buat blog baru

so lepas ni korang akan still boleh access blog nurulito.blogspot.com sebagai blog yang baru. blog yg ni url nye akan ditukar dan tidak akan digunakan sehingga diberitahu kelak.ada ngertikk?

Wednesday, July 22, 2009

what's your problem?

Kenapa masih perlu bersungguh-sungguh nak baca blog ni? Apa faedahnya you nak baca blog ni? I privatekan blog ni sebab malas nak dengar orang gaduh2. Tapi you still tak puas hati. Why? What's your problem? Apa lagi masalah between us? Makin you buat macam ni, makin rimas dan menyampah tau tak? Malam2 kacau orang nak tido sebab semata-mata tak puas hati dan nak tengok entry blog yang tak ada kena mengena dengan family you pun. Get a life la babe!

Tuesday, July 14, 2009

o'owwwww

hari ni hari ke 4 aku period.

kenapa hari ni aku rasa sangat lemah?rasa nak pitam, rasa nak muntah, badan banyak angin yg xnak keluar. nak tido xleh. tak ngantuk. bila berdiri je rasa nak tumbang. asyik goyang2 dan goyah je badan aku. damn it. what telah happen to me? H1N1 ke? tak mungkin. H2N2? penyakit apa tu? aku reka sendiri? uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!