Friday, April 24, 2009

MELODI!

Wow! Gleme bak artis. Satu Malaysia sudah kecoh. Apsal tak masukkan dalam cari.com? Mudah.com ke? Slambe je bikin cerita panas, aku tinggalkan bf aku sbb ade org ajak aku kawen?! WTF? Tolongla paham situasi sebenar. Memang aku nak kawen, dari dulu aku memang nak kawen. Pompuan mana taknak kawen? Umur pun dah makin banyak. 5-6 tahun dah aku tunggu. Aku dah tak mampu nak teruskan penantian tu. Parents dan family pun tak bagi aku teruskan. Kebetulan ada orang rapat ngan aku, terus buat assumption aku nak kawen ngan org tu. Cerita2 mcm ni memang satu penghinaan untuk aku. Tak sangka. Pengorbanan yang aku buat selama ni, ini yang aku dapat. Memang dah nasib aku kot. Kacau hak orang lagi, padan muka aku.

Buat bodo je, cool, relax, chill..

Semoga Hans Isaac sedia terima aku sebagai suri hidupnya.

Tuesday, April 21, 2009

Nurul is planning something BIG!

Yaaaa! Itulah status aku di facebook. Aku update semalam guna iPod Touch Nadia mase lepak kat mamak kat rumah Jojie ngan Nadia lepas jalan2 tgk rumah untuk 'dimiliki'. 2 keping roti kosong aku belasah. Lapar punye pasal. Hamek ko kalori dua lori. Pedulik hape aku. Janji aku happy. Gemuk pun gemuk la.

Apakah yang BIG yang sedang diplan oleh aku? Hanya aku, Nadia dan orang2 tertentu sahaja yang tahu. Aku akan umumkan apabila masanya telah tiba. Dah lama aku impikan BIG plan itu. Mesti macam2 korang pikir kan?huahuahua...sile2 teka...


p/s: 7 hari lagi..
Wish list: handphone baru , laptop, jam swatch, tiffany & co, love, happiness. (sangat simple permintaan aku. confirm takkan dapat..hiks!)

Monday, April 20, 2009

AKU

Ya Allah Ya Tuhanku..Ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dunia dan akhirat. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasuhku, mendidikku dan mengasihiku dari aku kecil. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaanMu ini.
Bantulah aku untuk menempuh hari-hari mendatang dengan penuh sabar, ikhlas dan tabah serta penuh keimanan padaMu. Berikanlah kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidupku, yang sangat aku perlukan hingga kini. Kau kukuhkanlah imanku, jauhkanlah aku dari berbuat perkara yang dilarang serta jauhkanlah aku dari musibah dan kecelakaan. Ya Allah, sesungguhnya hanya padaMu aku memohon, hanya padaMu aku berserah dan meminta pertolongan. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.

Friday, April 17, 2009

tidak ditujukan kepada sesiapa..aku suke lagu ni

TERLANJUR CINTA - Rossa Feat. Pasha Ungu

Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Reff:
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan s'luruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Akupun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetep cinta..

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan


Reff:
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan s'luruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Kau pertanyakan cintaku
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta..
Karna sekali cinta aku tetep cinta..

THANKS KAWAN2


Thanks to Komeng, Zack dan Alin sebab temankan aku malam tadi layan band itu di tempat itu. Walaupun tak ramai orang dan agak membosankan nak tunggu band itu muncul, tapi best sbb lagu2 yang korang request cepat je dorg nyanyi..dan aku happy..hehe..
Zack, Komeng, repeat after Amsterdam ye, di tempat2 lain pun buleh..Alin juge, kalau sudi..